Monday, 22 October 2012

Bahagiakan Dirimu.

Pernah terlintas difikiran bahawa aku dan juga kebanyakan daripada kita semua lebih memikirkan tentang orang lain daripada diri sendiri. Berapa banyak agaknya masa kita memikirkan tentang diri kita sendiri? Kita dilihat lebih suka membahagiakan diri orang lain berbanding diri kita sendiri. Tapi sayangnya, orang-orang yang cuba kita bahagiakan dengan memberi perhatian kasih sayang sering kali tidak memberikan apa yang sepatutnya di terima oleh kita. Akibatnya, kita menanggung penderitaan kesengsaraan dikecewakan. Aku selalu mengalami situasi ini.

Oleh itu, aku berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita lebih mengutamakan diri sendiri berbanding dengan orang-orang disekeliling yang hanya mencari kita dikala saat mereka memerlukan sesuatu pertolongan. Diri kita berhak untuk mendapat kebahagiaan yang kita dambakan. Usah bimbang kerana suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa dengan seseorang yang menghargai diri kita seadanya. Buat masa sekarang ni, lebihkan tumpuan kita terhadap diri sendiri dengan berusaha sedaya upaya yang boleh untuk berjaya dan berada di puncak kegemilangan. That's what I am practising now. Stop thinking about others. Priority will be given to my own self now. I look forward to be more successful that what I am today. Hopefully when the right time comes, I will meet someone who will always be there for me regardless of time. InshaAllah. Bahagiakan dirimu kerana dirimu sangat berharga!

p/s: Cinta kepada manusia tidak akan kekal. Cinta pada Yang Maha Esa adalah hakiki.

Thursday, 11 October 2012

Kembar Kuasa Dua

Actually, dah lama nak post pasal cerita kembar. Tapi disebabkan ketandusan idea mengarang dan lama tak usik blog, terpaksa hold pasal topik ni. Sekarang baru dapat idea mencurah yang nak di kongsikan bersama berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan budak kembar. Bagi aku, pasangan kembar ni memang sangat istimewa daripada orang lain. Selain berkongsi mirip wajah yang sama, diorang juga mempunyai naluri persaudaraan yang kuat antara satu sama lain. Itulah kekuasaan ciptaan Allah yang tiada tandingannya. 

Dulu time sekolah, dalam batch aku ada kembar perempuan. Muka takde lah exactly the same. Meaning that bila tengok tu boleh bezakan mana satu kakak, mana satu adik. Apa yang special pasal diorang ni adalah diorang ni berbakat dalam sukan. Kalau hari sukan, acara larian mesti diorang yang conquer. Baik acara individu atau relay. Tiap-tiap tahun mesti diorang bergilir-gilir jadi sportswoman. Diorang ni wakil sekolah dalam sukan hoki daripada form 1 sampai form 5. Memang sangat berbakat. Tapi sekarang lama tak dengar cerita diorang sejak habis sekolah. 

Sekarang ni walaupun dah lama tinggalkan sekolah, aku masih active dengan  program sekolah especially orchestra. Di kalangan ahli orchestra kat sekolah ni pun ada pasangan kembar. Selain berbakat dalam music, diorang ni pandai dalam pelajaran. Kalau exam mesti ranking top 2 dalam kelas/tingkatan diorang yang pegang. Diorang ni memang sangat rapat antara satu sama lain. Saling look after each other. Dah kata kembar en. Ada satu peristiwa ni masa dalam bus time nak pergi competition orchestra, diorang duduk bersebelahan. Aku tengok si adik tidur dekat riba abang dia sambil si abang menepuk-nepuk bahu adik dia. Macam mendodoikan adik dia. Haha. Dalam hati aku cakap, Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah. Kita yang ada adik beradik pun tak kan buat macam tu. Kalau ada pun jarang lah. Kalau rapat pun tak setanding dengan keakraban saudara kembar. Nak ditunjukkan dekat sini betapa kuatnya ikatan persaudaraan kembar.

One more thing yang buatkan aku respect dengan diorang, cara pemikiran diorang memang one step ahead as compared to others yang sama baya dengan diorang. Contohnya, macam si abang, dia active dengan koperasi sekolah. Aku nampak lah yang dia berminat dengan business. Cara dia cerita pasal koperasi sekolah dan cadangan dia, memang impressive walaupun baru berumur 14 tahun. Si adik pula jenis yang suka main-main sikit but still kalau berborak dengan dia macam berborak dengan orang dewasa. Banyak pendapat dan cadangan yang boleh dikongsi. 

Aku harap yang diorang akan jadi somebody yang berjaya in future. Mana tahu jadi businessman ke, doctor ke, menteri ke kan? Harap-harap bila diorang dah berjaya nanti, diorang masih kenal aku kalau terjumpa kat mana-mana. Haha. My respect goes to their parents yang berjaya mendidik diorang. Bukan senang nak mendidik anak sampai berjaya terutamanya anak kembar. Kasih sayang dan perhatian tu kena dicurahkan sama rata. Hopefully aku dapat jadi parent yang berjaya mendidik anak-anak. InshaAllah. Kena start belajar daripada sekarang ni. Hehehe. 


Twin Power

p/s: teringin nak ada anak kembar jika di izinkan Allah. :D



Sunday, 7 October 2012

Anak Kurang Ajar

Semalam borak-borak dengan seorang kawan dekat tempat kerja. Dia sudah bertunang dan jika tiada aral melintang, next year dia akan berkahwin. Kami borak pasal masa depan dan future plan. Dia bercadang nak cari kerja tetap yang lebih baik dari segi kewangan terutamanya. He did told me this:

"Aku nak cari kerja yang boleh sara keluarga tanpa isteri aku kerja nanti. Zaman sekarang ni banyak suami isteri keluar bekerja, jadi anak-anak terbiar. Ada tu yang baru lahir dah serah dekat orang bagi jaga. Mana budak tu tak jadi kurang ajar bila besar. Didikan daripada mak ayah kurang sebab masa bersama tu kurang..."

Betul juga apa yang kawan aku cakap. Memang trend sekarang suami isteri bekerja mencari duit. Keluar rumah time gelap, balik rumah pun time gelap. Kalau balik rumah malam dah penat; anak-anak pun mungkin dah tidur. Jadi masa untuk bersama-sama anak-anak sangat kurang. Harapkan hujung minggu saja. Itu pun kalau digunakan sepenuh masa bersama keluarga. Patut lah zaman sekarang para remaja banyak terlibat dengan kes gejala sosial. Mereka banyak meluangkan masa dengan dengan rakan-rakan sebaya. Jadi ikatan kekeluargaan itu sangat kurang sekali.

Aku pun mula terfikir nanti macam mana la keadaannya jika aku dah ada family. Harap-harapnya aku ada masa yang cukup untuk spend time dengan keluarga. Nak tak nak kena juga cari masa. I have to start thinking from now on on how to manage my family in future. Bukan senang nak uruskan keluarga. It's not that easy to nourish the harmony in family. Kena belajar dari sekarang. That's why I love observing people out there yang sudah ada family. Tengok gelagat pasangan yang ada keluarga. How they handle it.

My time will come for me to have my own family soon, so I must prepare from now. Sekarang ni living cost mahal especially duduk dekat area bandar like Kuala Lumpur ni. Kalau suami saja kerja, memang tak cukup untuk tampung perbelanjaan keluarga. Kalau isteri kerja sekali, mungkin dapat back up kewangan keluarga. Tapi setback dia, anak-anak pula kurang dapat perhatian. Mudah-mudahan lah aku akan ada kewangan yang lebih stable nanti supaya isteri dapat duduk rumah menjaga anak-anak. Or at least dia bekerja dari rumah pun da kira okay. As long as anak-anak tak terbiar kena duduk dengan orang lain.



p/s: Ya Allah, kurniakan aku keluarga yang diredhai oleh Mu.

Kawan Sampai Akhirat (Bahagian 2)

Semalam jumpa daripada kawan lama time dekat MIAT dulu. The last time we met was during the convocation day last year (October 8th 2011) which is almost a year. Lama dah tak jumpa. He's one of my good friend. Time kat MIAT dulu selalu tumpang bilik dia sementara nak tunggu kelas petang because I stayed in Putrajaya. He came from Ipoh looking for a job here. We had a conversation semalam sebab lama tak jumpa and watching a movie; Hotel Transylvania. Cerita kartun in 3D tapi best. Layan la juga sebab dah lama tak hangout tengok movie. To you my friend, I wish you all the best in pursuing your dreams. Thanks for the treat. InshaAllah, ada kesempatan masa boleh jumpa lagi.



p/s: thanks a lot bro. Terharu beb ko datang sini jumpa aku. 

Saturday, 6 October 2012

Tragedi October

Diam tak diam dah masuk bulan October. Sekejap je masa berlalu untuk ke penghujung tahun. Aku masih lagi struggle untuk keluar daripada masalah yang melanda. Hopefully during this month, everything will be settled and things will going back normal. Aku sedang dalam menjalani ujian daripada Allah. Sesungguhnya aku redha dengan apa yang diuji. Aku bersyukur kerana Allah masih ingat pada aku dengan memberikan aku ujian ini. Aku yakin Allah akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk aku. Dalam hati aku hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa sekarang. I can't really describe my feelings now. I prefer to keep it to myself. No one knows what I've been through. Nobody cares I guess. Never mind. I'm get used to it. I just hope that I can see the light of hope at the end of the day; soon.

Bersempena di bulan October ni, as usual, I would like to dedicate a song to you; who're currently reading this blog right now. This is a very beautiful song composed by Eric Whitacre entitled October. The first time I heard this song when it was played by SMSS Wind Orchestra. My favorite part of this song is on the duration of 2:44 (euphonium solo). Very sentimental and it touches my feeling every time I listen to it. Hope you guys enjoy it. Wishing you a great month ahead. 



p/s: Merindui seseorang yang berada jauh di pisahkan antara benua.