Monday, 22 October 2012

Bahagiakan Dirimu.

Pernah terlintas difikiran bahawa aku dan juga kebanyakan daripada kita semua lebih memikirkan tentang orang lain daripada diri sendiri. Berapa banyak agaknya masa kita memikirkan tentang diri kita sendiri? Kita dilihat lebih suka membahagiakan diri orang lain berbanding diri kita sendiri. Tapi sayangnya, orang-orang yang cuba kita bahagiakan dengan memberi perhatian kasih sayang sering kali tidak memberikan apa yang sepatutnya di terima oleh kita. Akibatnya, kita menanggung penderitaan kesengsaraan dikecewakan. Aku selalu mengalami situasi ini.

Oleh itu, aku berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita lebih mengutamakan diri sendiri berbanding dengan orang-orang disekeliling yang hanya mencari kita dikala saat mereka memerlukan sesuatu pertolongan. Diri kita berhak untuk mendapat kebahagiaan yang kita dambakan. Usah bimbang kerana suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa dengan seseorang yang menghargai diri kita seadanya. Buat masa sekarang ni, lebihkan tumpuan kita terhadap diri sendiri dengan berusaha sedaya upaya yang boleh untuk berjaya dan berada di puncak kegemilangan. That's what I am practising now. Stop thinking about others. Priority will be given to my own self now. I look forward to be more successful that what I am today. Hopefully when the right time comes, I will meet someone who will always be there for me regardless of time. InshaAllah. Bahagiakan dirimu kerana dirimu sangat berharga!

p/s: Cinta kepada manusia tidak akan kekal. Cinta pada Yang Maha Esa adalah hakiki.

No comments:

Post a Comment