" Dalam sesebuah keluarga tu mesti ada seorang anak yang bermasalah. Itu antara bentuk ujian yang Allah turunkan kepada setiap ibubapa. Tak kiralah ustaz ke, doktor ke, engineer ke..."
Ungkapan ni datang daripada salah seorang staf ITNS, Ipoh ketika aku menjalani practical di sana tahun lepas ketika kami berbual-bual kosong. Betul apa yang Encik Zul cakap. Bila difikirkan balik, memang dalam setiap keluarga tu akan ada paling-paling pun seorang anak yang bermasalah. Masalah ni mungkin daripada segi tingkah laku atau pun masalah dalam pelajaran. Jika dalam keluarga tu tiada anak-anak yang bermasalah, mungkin dugaan datang dalam bentuk lain seperti kesihatan. Maksudnya, mungkin ada anak yang menghidapi penyakit kronik atau pun anak itu mengalami kekurangan keupayaan seperti bisu, pekak dan sebagainya.
Itulah dia dugaan yang Allah berikan kepada setiap ibu bapa di dunia ni. Anak merupakan anugerah Allah, dalam masa yang sama suatu ujian. Aku tahu, bukan senang untuk membesarkan seorang anak. Memerlukan pengorbanan yang tinggi dan kesabaran yang tinggi. Untuk menjadikan seorang anak itu berjaya di dunia dan di akhirat, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lahirnya anak di dunia ni, ibu bapa lah yang mencorakkan keperibadian anak-anak. Kalau berjaya anak-anak, maka berjayalah ibu bapa ni.
Masa aku akan tiba nanti untuk menjadi seorang bapa. Mudah-mudahan aku dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak aku nanti. Banyak perkara yang perlu di pelajari untuk menjadi ibu bapa yang berjaya. Zaman sekarang merupakan satu cabaran yang besar bagi setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini kerana dengan dunia yang berteknologi tinggi dan serba canggih, masalah sosial para remaja pun semakin meningkat. Anak-anak sekarang pun makin sensitif. Tidak boleh di tegur sembarangan. Akibatnya nanti berlakulah kes seperti lari dari rumah.
Ibu bapa sekarang pun kebanyakkannya lebih banyak menghabiskan masa dengan mencari duit. Aku faham dengan situasi mereka. Ini kerana taraf kehidupan terutamanya di kawasan bandar yang semakin meningkat. Mereka tiada jalan lain selain terpaksa keluar bekerja kedua-duanya demi menampung kehidupan keluarga. Tiada lagi seperti dulu di mana isteri hanya duduk di rumah menjaga kebajikan anak-anak dan seisi rumah. Tapi, bagi pendapat aku, macam mana sibuk pun mereka, seharusnya mereka mencari masa untuk bersama anak-anak.
Sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak supaya anak-anak tidak terjerumus ke arah yang tidak baik. Ini kerana anak-anak memerlukan ibu bapa di sisi mereka terutama bagi golongan remaja yang dalam proses mencapai kematangan. Banyak kecelaruan emosi dan jiwa yang mereka hadapi seperti tekanan daripada pelajaran, masalah cinta remaja. Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk sentiasa berada di sisi anak-anak.
Itulah dia benda yang aku nak share kan kat sini. Cabaran ibu bapa di masa akan datang lagi besar. Mudah-mudahan aku dapat menghadapinya dengan berjaya. Segala ujian dan dugaan yang Allah berikan, akan aku hadapi dengan kesabaran. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment