Tahun ni umur aku bakal mencecah 25 tahun pada bulan Mac nanti. Tahun ni juga menyaksikan ramai antara kawan-kawan yang sebaya umur sudah mula mendirikan rumah tangga. Ada antara mereka yang tidak disangka-sangka akan berkahwin awal. Apa pun itulah jodoh ketetapan Allah SWT. Sampai jodoh maka kahwin la. Aku ni bila pula? Hmm. Tiada jawapan untuk soalan ini. Apa pun aku tidak meletakkan sebarang target. Sampai jodoh, aku akan berkahwin. Kepada semua kawan-kawan yang telah berkahwin mahu pun bakal melangsungkan majlis perkahwinan, semoga bahagia sampai syurga. Alam perkahwinan tidak sama dengan alam bujang. Perlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment