Dah lama rasanya aku tak post kat blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Tiada kesempatan untuk menulis. Banyak benda nak dikongsikan, tapi tak tertulis. Masa agak terhad. Diri ini masih lagi mencari-cari arah tujuan hidup. Masih lagi dalam ujian Tuhan. Pejam celik lagi beberapa hari je nak masuk tahun baru. Tahun ni merupakan tahun yang tidak berapa baik nasib aku. Apa yang mampu aku buat hanya bersabar dan teruskan mengharungi hidup. Mungkin ni merupakan ujian dan latihan untuk aku menjadi lebih gigih dan berusaha keras dalam hidup. Masih lagi mencari di mana dan apakah hikmah di sebalik semua yang berlaku. Biasalah, dalam hidup ini ada pasang surutnya. Ada atas bawah. Sekarang aku berada di paras bawah. InshaAllah, bila sampai masanya aku akan kembali naik. Aku dalam proses mengumpulkan tenaga untuk naik membina kembali semangat yang luntur. Tak ramai yang tahu dengan keadaan semasa aku sekarang. Hanya keluarga dan teman rapat je yang tahu. Itu pun mereka hanya nampak daripada segi luaran. Isi hati dalaman diri ini, masih tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan Tuhan saja yang tahu. Walaupun pahit, aku telan juga seorang diri. Setiap kali bila ujian datang, rasa nak menangis je. Tapi aku cekalkan hati. Kuatkan semangat dan ukirkan senyuman. Ni mungkin ujian kecil. Tapi berat rasanya mungkin sebab aku menanggung keseorangan. Secara jujurnya aku memerlukan seseorang yang sentiasa ada untuk memberikan semangat tatkala aku berada di bawah. Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat mengecapi kemanisan hikmah setelah Engkau berikan aku kepahitan ujian ini. Amin.
No comments:
Post a Comment