Tahun ni umur aku bakal mencecah 25 tahun pada bulan Mac nanti. Tahun ni juga menyaksikan ramai antara kawan-kawan yang sebaya umur sudah mula mendirikan rumah tangga. Ada antara mereka yang tidak disangka-sangka akan berkahwin awal. Apa pun itulah jodoh ketetapan Allah SWT. Sampai jodoh maka kahwin la. Aku ni bila pula? Hmm. Tiada jawapan untuk soalan ini. Apa pun aku tidak meletakkan sebarang target. Sampai jodoh, aku akan berkahwin. Kepada semua kawan-kawan yang telah berkahwin mahu pun bakal melangsungkan majlis perkahwinan, semoga bahagia sampai syurga. Alam perkahwinan tidak sama dengan alam bujang. Perlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. InshaAllah.
Aku Seorang Lone Ranger
Friday, 25 January 2013
Thursday, 27 December 2012
2012
Dah lama rasanya aku tak post kat blog ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Tiada kesempatan untuk menulis. Banyak benda nak dikongsikan, tapi tak tertulis. Masa agak terhad. Diri ini masih lagi mencari-cari arah tujuan hidup. Masih lagi dalam ujian Tuhan. Pejam celik lagi beberapa hari je nak masuk tahun baru. Tahun ni merupakan tahun yang tidak berapa baik nasib aku. Apa yang mampu aku buat hanya bersabar dan teruskan mengharungi hidup. Mungkin ni merupakan ujian dan latihan untuk aku menjadi lebih gigih dan berusaha keras dalam hidup. Masih lagi mencari di mana dan apakah hikmah di sebalik semua yang berlaku. Biasalah, dalam hidup ini ada pasang surutnya. Ada atas bawah. Sekarang aku berada di paras bawah. InshaAllah, bila sampai masanya aku akan kembali naik. Aku dalam proses mengumpulkan tenaga untuk naik membina kembali semangat yang luntur. Tak ramai yang tahu dengan keadaan semasa aku sekarang. Hanya keluarga dan teman rapat je yang tahu. Itu pun mereka hanya nampak daripada segi luaran. Isi hati dalaman diri ini, masih tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan Tuhan saja yang tahu. Walaupun pahit, aku telan juga seorang diri. Setiap kali bila ujian datang, rasa nak menangis je. Tapi aku cekalkan hati. Kuatkan semangat dan ukirkan senyuman. Ni mungkin ujian kecil. Tapi berat rasanya mungkin sebab aku menanggung keseorangan. Secara jujurnya aku memerlukan seseorang yang sentiasa ada untuk memberikan semangat tatkala aku berada di bawah. Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat mengecapi kemanisan hikmah setelah Engkau berikan aku kepahitan ujian ini. Amin.
Thursday, 8 November 2012
Anak: Suatu Kurniaan & Ujian Tuhan
" Dalam sesebuah keluarga tu mesti ada seorang anak yang bermasalah. Itu antara bentuk ujian yang Allah turunkan kepada setiap ibubapa. Tak kiralah ustaz ke, doktor ke, engineer ke..."
Ungkapan ni datang daripada salah seorang staf ITNS, Ipoh ketika aku menjalani practical di sana tahun lepas ketika kami berbual-bual kosong. Betul apa yang Encik Zul cakap. Bila difikirkan balik, memang dalam setiap keluarga tu akan ada paling-paling pun seorang anak yang bermasalah. Masalah ni mungkin daripada segi tingkah laku atau pun masalah dalam pelajaran. Jika dalam keluarga tu tiada anak-anak yang bermasalah, mungkin dugaan datang dalam bentuk lain seperti kesihatan. Maksudnya, mungkin ada anak yang menghidapi penyakit kronik atau pun anak itu mengalami kekurangan keupayaan seperti bisu, pekak dan sebagainya.
Itulah dia dugaan yang Allah berikan kepada setiap ibu bapa di dunia ni. Anak merupakan anugerah Allah, dalam masa yang sama suatu ujian. Aku tahu, bukan senang untuk membesarkan seorang anak. Memerlukan pengorbanan yang tinggi dan kesabaran yang tinggi. Untuk menjadikan seorang anak itu berjaya di dunia dan di akhirat, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lahirnya anak di dunia ni, ibu bapa lah yang mencorakkan keperibadian anak-anak. Kalau berjaya anak-anak, maka berjayalah ibu bapa ni.
Masa aku akan tiba nanti untuk menjadi seorang bapa. Mudah-mudahan aku dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak aku nanti. Banyak perkara yang perlu di pelajari untuk menjadi ibu bapa yang berjaya. Zaman sekarang merupakan satu cabaran yang besar bagi setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini kerana dengan dunia yang berteknologi tinggi dan serba canggih, masalah sosial para remaja pun semakin meningkat. Anak-anak sekarang pun makin sensitif. Tidak boleh di tegur sembarangan. Akibatnya nanti berlakulah kes seperti lari dari rumah.
Ibu bapa sekarang pun kebanyakkannya lebih banyak menghabiskan masa dengan mencari duit. Aku faham dengan situasi mereka. Ini kerana taraf kehidupan terutamanya di kawasan bandar yang semakin meningkat. Mereka tiada jalan lain selain terpaksa keluar bekerja kedua-duanya demi menampung kehidupan keluarga. Tiada lagi seperti dulu di mana isteri hanya duduk di rumah menjaga kebajikan anak-anak dan seisi rumah. Tapi, bagi pendapat aku, macam mana sibuk pun mereka, seharusnya mereka mencari masa untuk bersama anak-anak.
Sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak supaya anak-anak tidak terjerumus ke arah yang tidak baik. Ini kerana anak-anak memerlukan ibu bapa di sisi mereka terutama bagi golongan remaja yang dalam proses mencapai kematangan. Banyak kecelaruan emosi dan jiwa yang mereka hadapi seperti tekanan daripada pelajaran, masalah cinta remaja. Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk sentiasa berada di sisi anak-anak.
Itulah dia benda yang aku nak share kan kat sini. Cabaran ibu bapa di masa akan datang lagi besar. Mudah-mudahan aku dapat menghadapinya dengan berjaya. Segala ujian dan dugaan yang Allah berikan, akan aku hadapi dengan kesabaran. InshaAllah.
Monday, 22 October 2012
Bahagiakan Dirimu.
Pernah terlintas difikiran bahawa aku dan juga kebanyakan daripada kita semua lebih memikirkan tentang orang lain daripada diri sendiri. Berapa banyak agaknya masa kita memikirkan tentang diri kita sendiri? Kita dilihat lebih suka membahagiakan diri orang lain berbanding diri kita sendiri. Tapi sayangnya, orang-orang yang cuba kita bahagiakan dengan memberi perhatian kasih sayang sering kali tidak memberikan apa yang sepatutnya di terima oleh kita. Akibatnya, kita menanggung penderitaan kesengsaraan dikecewakan. Aku selalu mengalami situasi ini.
Oleh itu, aku berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita lebih mengutamakan diri sendiri berbanding dengan orang-orang disekeliling yang hanya mencari kita dikala saat mereka memerlukan sesuatu pertolongan. Diri kita berhak untuk mendapat kebahagiaan yang kita dambakan. Usah bimbang kerana suatu hari nanti kita pasti akan berjumpa dengan seseorang yang menghargai diri kita seadanya. Buat masa sekarang ni, lebihkan tumpuan kita terhadap diri sendiri dengan berusaha sedaya upaya yang boleh untuk berjaya dan berada di puncak kegemilangan. That's what I am practising now. Stop thinking about others. Priority will be given to my own self now. I look forward to be more successful that what I am today. Hopefully when the right time comes, I will meet someone who will always be there for me regardless of time. InshaAllah. Bahagiakan dirimu kerana dirimu sangat berharga!
p/s: Cinta kepada manusia tidak akan kekal. Cinta pada Yang Maha Esa adalah hakiki.
Thursday, 11 October 2012
Kembar Kuasa Dua
Actually, dah lama nak post pasal cerita kembar. Tapi disebabkan ketandusan idea mengarang dan lama tak usik blog, terpaksa hold pasal topik ni. Sekarang baru dapat idea mencurah yang nak di kongsikan bersama berdasarkan pengalaman aku berkawan dengan budak kembar. Bagi aku, pasangan kembar ni memang sangat istimewa daripada orang lain. Selain berkongsi mirip wajah yang sama, diorang juga mempunyai naluri persaudaraan yang kuat antara satu sama lain. Itulah kekuasaan ciptaan Allah yang tiada tandingannya.
Dulu time sekolah, dalam batch aku ada kembar perempuan. Muka takde lah exactly the same. Meaning that bila tengok tu boleh bezakan mana satu kakak, mana satu adik. Apa yang special pasal diorang ni adalah diorang ni berbakat dalam sukan. Kalau hari sukan, acara larian mesti diorang yang conquer. Baik acara individu atau relay. Tiap-tiap tahun mesti diorang bergilir-gilir jadi sportswoman. Diorang ni wakil sekolah dalam sukan hoki daripada form 1 sampai form 5. Memang sangat berbakat. Tapi sekarang lama tak dengar cerita diorang sejak habis sekolah.
Sekarang ni walaupun dah lama tinggalkan sekolah, aku masih active dengan program sekolah especially orchestra. Di kalangan ahli orchestra kat sekolah ni pun ada pasangan kembar. Selain berbakat dalam music, diorang ni pandai dalam pelajaran. Kalau exam mesti ranking top 2 dalam kelas/tingkatan diorang yang pegang. Diorang ni memang sangat rapat antara satu sama lain. Saling look after each other. Dah kata kembar en. Ada satu peristiwa ni masa dalam bus time nak pergi competition orchestra, diorang duduk bersebelahan. Aku tengok si adik tidur dekat riba abang dia sambil si abang menepuk-nepuk bahu adik dia. Macam mendodoikan adik dia. Haha. Dalam hati aku cakap, Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah. Kita yang ada adik beradik pun tak kan buat macam tu. Kalau ada pun jarang lah. Kalau rapat pun tak setanding dengan keakraban saudara kembar. Nak ditunjukkan dekat sini betapa kuatnya ikatan persaudaraan kembar.
One more thing yang buatkan aku respect dengan diorang, cara pemikiran diorang memang one step ahead as compared to others yang sama baya dengan diorang. Contohnya, macam si abang, dia active dengan koperasi sekolah. Aku nampak lah yang dia berminat dengan business. Cara dia cerita pasal koperasi sekolah dan cadangan dia, memang impressive walaupun baru berumur 14 tahun. Si adik pula jenis yang suka main-main sikit but still kalau berborak dengan dia macam berborak dengan orang dewasa. Banyak pendapat dan cadangan yang boleh dikongsi.
Aku harap yang diorang akan jadi somebody yang berjaya in future. Mana tahu jadi businessman ke, doctor ke, menteri ke kan? Harap-harap bila diorang dah berjaya nanti, diorang masih kenal aku kalau terjumpa kat mana-mana. Haha. My respect goes to their parents yang berjaya mendidik diorang. Bukan senang nak mendidik anak sampai berjaya terutamanya anak kembar. Kasih sayang dan perhatian tu kena dicurahkan sama rata. Hopefully aku dapat jadi parent yang berjaya mendidik anak-anak. InshaAllah. Kena start belajar daripada sekarang ni. Hehehe.
![]() |
Twin Power |
p/s: teringin nak ada anak kembar jika di izinkan Allah. :D
Sunday, 7 October 2012
Anak Kurang Ajar
Semalam borak-borak dengan seorang kawan dekat tempat kerja. Dia sudah bertunang dan jika tiada aral melintang, next year dia akan berkahwin. Kami borak pasal masa depan dan future plan. Dia bercadang nak cari kerja tetap yang lebih baik dari segi kewangan terutamanya. He did told me this:
"Aku nak cari kerja yang boleh sara keluarga tanpa isteri aku kerja nanti. Zaman sekarang ni banyak suami isteri keluar bekerja, jadi anak-anak terbiar. Ada tu yang baru lahir dah serah dekat orang bagi jaga. Mana budak tu tak jadi kurang ajar bila besar. Didikan daripada mak ayah kurang sebab masa bersama tu kurang..."
Betul juga apa yang kawan aku cakap. Memang trend sekarang suami isteri bekerja mencari duit. Keluar rumah time gelap, balik rumah pun time gelap. Kalau balik rumah malam dah penat; anak-anak pun mungkin dah tidur. Jadi masa untuk bersama-sama anak-anak sangat kurang. Harapkan hujung minggu saja. Itu pun kalau digunakan sepenuh masa bersama keluarga. Patut lah zaman sekarang para remaja banyak terlibat dengan kes gejala sosial. Mereka banyak meluangkan masa dengan dengan rakan-rakan sebaya. Jadi ikatan kekeluargaan itu sangat kurang sekali.
Aku pun mula terfikir nanti macam mana la keadaannya jika aku dah ada family. Harap-harapnya aku ada masa yang cukup untuk spend time dengan keluarga. Nak tak nak kena juga cari masa. I have to start thinking from now on on how to manage my family in future. Bukan senang nak uruskan keluarga. It's not that easy to nourish the harmony in family. Kena belajar dari sekarang. That's why I love observing people out there yang sudah ada family. Tengok gelagat pasangan yang ada keluarga. How they handle it.
My time will come for me to have my own family soon, so I must prepare from now. Sekarang ni living cost mahal especially duduk dekat area bandar like Kuala Lumpur ni. Kalau suami saja kerja, memang tak cukup untuk tampung perbelanjaan keluarga. Kalau isteri kerja sekali, mungkin dapat back up kewangan keluarga. Tapi setback dia, anak-anak pula kurang dapat perhatian. Mudah-mudahan lah aku akan ada kewangan yang lebih stable nanti supaya isteri dapat duduk rumah menjaga anak-anak. Or at least dia bekerja dari rumah pun da kira okay. As long as anak-anak tak terbiar kena duduk dengan orang lain.
p/s: Ya Allah, kurniakan aku keluarga yang diredhai oleh Mu.
Kawan Sampai Akhirat (Bahagian 2)
Semalam jumpa daripada kawan lama time dekat MIAT dulu. The last time we met was during the convocation day last year (October 8th 2011) which is almost a year. Lama dah tak jumpa. He's one of my good friend. Time kat MIAT dulu selalu tumpang bilik dia sementara nak tunggu kelas petang because I stayed in Putrajaya. He came from Ipoh looking for a job here. We had a conversation semalam sebab lama tak jumpa and watching a movie; Hotel Transylvania. Cerita kartun in 3D tapi best. Layan la juga sebab dah lama tak hangout tengok movie. To you my friend, I wish you all the best in pursuing your dreams. Thanks for the treat. InshaAllah, ada kesempatan masa boleh jumpa lagi.
p/s: thanks a lot bro. Terharu beb ko datang sini jumpa aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)