Tuesday, 31 July 2012

Kawan Sampai Akhirat



Dalam hidup aku, tak ramai kawan yang akan sentiasa ada masa untuk aku. Yes, I do have a lot of friends. We all have lots of friend. Tapi bukan semua yang rapat dengan kita, yang akan ada untuk kita bila kita susah. Ada kawan yang kita berasa selesa untuk berbincang hal peribadi. Ada yang hanya untuk waktu suka sahaja. That's part of life. Menurut kajian, setiap 6 tahun kita akan kehilangan sebilangan kawan dan mendapat kawan baru. I am not sure if this statement is a fact or not. 

Hari ni aku buka puasa dengan salah seorang antara kawan baik aku. Kami berkawan sejak sekolah lagi. Kitorang jarang jumpa spend time sama sebab masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tapi kalau kitorang berjumpa, that will be one of the best of our time. We shared lots of thing. Saling support each other. He's a very nice lad. Very humble person. Kami dah macam adik-beradik. Aku sangat menghargai kawan aku ni sebab aku tak ada ramai kawan yang macam ni. I can said that he's one of a kind. I rated our friendship's value much more precious than the diamonds. Dia antara kawan yang aku tak kan lupa dalam hidup aku.

To you my friend, I do hope that our friendship will last forever. Thank you for always being there for me. I will try my best to be there for you whenever you need helps. I appreciate our friendship very much. I wish you all the best, good health, wealth, happiness and success in pursuing your dreams. A friend like you is very hard to find nowadays. I'm glad that we're friends. I dedicate this song; Hounds of Spring by Alfred Reed to our friendship.  Semoga kita berkawan sampai akhirat. InshaAllah.




p/s: brotherhood forever.

Wednesday, 25 July 2012

I'll Be There



p/s: hope we can get back to where we used to be, friend.

Senyum Pun Sedekah Juga

Ada satu cerita pendek aku nak kongsi dengan korang semua. Cerita ni aku baca kat Facebook. Ringkas je cerita dia. Tapi aku rasa menarik dan comel pula bila baca cerita ni.

Ada seorang budak berumur 7 tahun. Dia selalu senyum dekat tabung masjid. Ada seorang imam ni perasan dengan sikap budak ni. Dia berasa hairan lantas bertanya, "Kenapa adik selalu senyum pada tabung tu?" Budak tu pun menjawab, "Cikgu saya cakap, senyum itu sedekah. Saya takde duit nak sedekah, jadi saya senyum je lah kat tabung tu." -unknown




I find it very interesting story. Walaupun pendek je cerita dia. Comel je jawapan yang budak ni bagi. Betul lah apa yang dia cakap. Sedekah yang paling murah dan tak perlu keluar apa-apa duit atau pun harta adalah dengan senyum. Kenyataan ini juga dikuatkan dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis yang berbunyi:

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).





p/s: rajin-rajinlah kita sedekahkan senyuman. Senyum kambing pun takpe, asalkan ikhlas ;)





Tuesday, 24 July 2012

Arsenal's Asia Tour 2012

Baru kejap tadi berlangsungnya game Malaysia XI vs Arsenal FC. Untuk tahun ke-2 berturut-turut Arsenal datang ke Malaysia. Last year dorang menang besar 4-0. Aku tak tengok pun game last year. Ingat nak pergi, tapi takde geng lepas tu da last minute ticket pun sold out. Memang melepas lah. This year pun tak pergi tengok kat Stadium Bukit Jalil sebab ingatkan tak balik Semenanjung, plus tengah puasa en. So, malas lah nak tengok. Nasib baik Astro bermurah hati ada buat live broadcast, kira lepas terawikh tadi duduk depan tv tengok game. Lagi best, first class seat. HAHA!

Apa yang dapat aku conclude daripada game ni, nampak benar Arsenal main-main sekadar untuk maintain dorang punya fitness. Main player tak banyak pun yang main. Setakat Vermaelen, Gervinho, Oxlade Chamberlain, Walcott, Song. Tu je kot. Lain-lain sume player budak-budak mentah. First half Malaysia leading. YES! Dorang leading 1-0. Goal cantik daripada Muslim. Sape ntah, aku pun tak kenal. So, ramai la yang happy sebab Malaysia leading. Aku rilex je sebab tengok cara Arsenal main dah tau dorang just main 40% of their best capability. Tu pun sume main sekejap. 

Arsenal banyak chance tapi sebab forward yang jenis cikai, so finishing pun cam apa je. HAHA! Malaysia pun not bad juga banyak chance. Towards the end of the game, Arsenal pulled back 2 late goals. HAHA! Cheap goals I think. Kesilapan pertahanan Malaysia memang membawa padah. Fuh, suka hati aku Arsenal menang. Bukan apa, kalau Malaysia menang, confirm sepanjang bulan Ramadhan ni cerita pasal Malaysia menang lawan Arsenal. Bosan ah. HAHA!

Pape pun credit should be given to our national team coz dorang main bersungguh-sungguh tadi. Memang banyak la yang dorang kena belajar. Dorang boleh dapat 3 goal actually. Tapi tu lah kata orang, bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi dalam 90 minutes tu.




p/s: kalau Arsenal vs Manchester City kat Bukit Jalil memang confirm aku pergi tengok.

Father Forgets

I found this interesting American Journalism while reading a book entitled "How to Win Friends & Influence People" written by Dale Carnegie. It is a very nice piece written by W. Livingston Larned. Just read it by yourself and you will be touched by how sincere the father talked to his son. I hope that when I became a father, I will be a good one. I will be his best friend and the best daddy he ever had. I know it is not easy to raise a kid, but I will try my very best when the time comes.

FATHER FORGETS
W. Livingston Larned
condensed as in "Readers Digest"
Listen, son: I am saying this as you lie asleep, one little paw crumpled under your cheek and the blond curls stickily wet on your damp forehead. I have stolen into your room alone. Just a few minutes ago, as I sat reading my paper in the library, a stifling wave of remorse swept over me. Guiltily I came to your bedside.
There are the things I was thinking, son: I had been cross to you. I scolded you as you were dressing for school because you gave your face merely a dab with a towel. I took you to task for not cleaning your shoes. I called out angrily when you threw some of your things on the floor.
At breakfast I found fault, too. You spilled things. You gulped down your food. You put your elbows on the table. You spread butter too thick on your bread. And as you started off to play and I made for my train, you turned and waved a hand and called, "Goodbye, Daddy!" and I frowned, and said in reply, "Hold your shoulders back!"
Then it began all over again in the late afternoon. As I came up the road I spied you, down on your knees, playing marbles. There were holes in your stockings. I humiliated you before your boyfriends by marching you ahead of me to the house. Stockings were expensive-and if you had to buy them you would be more careful! Imagine that, son, from a father!
Do you remember, later, when I was reading in the library, how you came in timidly, with a sort of hurt look in your eyes? When I glanced up over my paper, impatient at the interruption, you hesitated at the door. "What is it you want?" I snapped. You said nothing, but ran across in one tempestuous plunge, and threw your arms around my neck and kissed me, and your small arms tightened with an affection that God had set blooming in your heart and which even neglect could not wither. And then you were gone, pattering up the stairs.
Well, son, it was shortly afterwards that my paper slipped from my hands and a terrible sickening fear came over me. What has habit been doing to me? The habit of finding fault, of reprimanding-this was my reward to you for being a boy. It was not that I did not love you; it was that I expected too much of you. I was measuring you by the yardstick of my own years.
And there was so much that was good and fine and true in your character. The little heart of you was as big as the dawn itself over the wide hills. This was shown by your spontaneous impulse to rush in and kiss me good night. Nothing else matters tonight, son. I have come to your bedside in the darkness, and I have knelt there, ashamed!
It is feeble atonement; I know you would not understand these things if I told them to you during your waking hours. But tomorrow I will be a real daddy! I will chum with you, and suffer when you suffer, and laugh when you laugh. I will bite my tongue when impatient words come. I will keep saying as if it were a ritual: "He is nothing but a boy-a little boy!"
I am afraid I have visualized you as a man. Yet as I see you now, son, crumpled and weary in your cot, I see that you are still a baby. Yesterday you were in your mother's arms, your head on her shoulder. I have asked too much, too much yet given too little of myself. Promise me, as I teach you to have the manners of a man, that you will remind me how to have the loving spirit of a child.


p/s: I can't wait to have a moment like this.

Sunday, 22 July 2012

The Amazing Lelaki Lelabah



Semalam aku pergi tengok movie Spiderman dengan adik-adik aku. Terbang melayang duit tengok kat TGV. Harga ticket mahal nak mati, RM14. Memang tak lah nak tengok lagi kat TGV lepas ni. Tapi disebabkan aku peminat Spiderman dan tak pernah miss tengok franchise Spiderman kat cinema, aku pergi la jugak.

Apa yang lain untuk movie Spiderman kali ni, main actor dia bukan Tobey Maguire tapi Andrew Garfield. Bahkan, heroin dan semua pelakon yang pernah jadi uncle & aunt Peter Parker dilakonkan oleh orang lain. Kira ni bukan sequel daripada filem yang lepas. Focus untuk filem kali ni tentang parents Peter Parker. Sebab apa dorang menghilangkan diri. Sebab sebelum-sebelum ni kita just tau Peter tinggal dengan pakcik dan makcik dia. Villain dalam filem ni adalah Lizard.

Bagi aku, filem kali ni merupakan rumusan daripada filem-filem yang lepas. Korang kena tengok kalau korang peminat Spiderman. Tak best la kan kalau aku cerita secara detail. Better korang pergi tengok sendiri. Aku rasa Tobey lagi sesuai pegang watak Peter Parker as compared to Andrew. Tapi macam aku cakap, filem kali ni takde kaitan dengan yang lepas, so maybe producer tak nak penonton relate filem kali ni dengan yang lepas-lepas. Pada aku, filem kali ni okay, tak lah terlalu bosan. Tapi tak lah terlalu "Boom". But still it is a better movie to watch.

p/s: lepas ni nak tengok Batman pula. 


Sunday, 15 July 2012

Weekend Yang Best!

Weekend yang lepas ni memang best. Walaupun aku miss BbQ Party TheR yang ada 2 ekor kambing guling, aku tetap rasa happy mengharungi weekend. Serious beb! The whole weekend aku lepak rumah Amir. Main game Fifa12 sampai lebam. Ada memang ada kalah. Biasa la tu. Tapi ada improvement la dalam game play aku. Main Fifa ni actually ada ups and downs dia. Sometimes sume benda menjadi. Kadang-kadang segala benda tak jadi. Passing tak sampai lah, silly mistake banyak. Memang kena focus. Antara moment yang aku akan 200% focus adalah time main Fifa. HAHA! Apa yang orang cakap aku takkan dengar. Kadang-kadang main tag team pairing 2 orang satu team. Susah jugak mula-mula sebab nak kena ada understanding antara partner. Tapi lama-lama okay la. Communication tu penting.

Ahad pagi aku pegi main golf, driving range kat Eastwood Valley Golf & Country Club. This time Amir join aku. First time dia main. Aku jadi tutor. Ajar dia basic golf. Camne nak pegang club, camne body positioning. Mula-mula macam susah. Lama lepas tu, he get used to it. Dia pukul lagi jauh dari aku. Ciss. Sampai 100 meter. Aku paling-paling jauh pun dalam 80 meter. Whatever it is, this time memang enjoy la. Lots of improvement untuk second session aku datang main. Memang puas hati la. Dah start macam addicted pulak aku. HAHA! Seperti yang aku janji dalam post minggu lepas, here are some pictures untuk di kongsi dengan korang. Ni just posing je. Aku nak tekankan kat sini bahawa gaya tu penting. Bola tak pergi jauh takpe, janji gaya tu ada.  HAHA! Memang nampak macam professional golfer.









Balik main golf, kitorang pergi Bintang Mall dengan Ajun sekali. This time aku jadi stylist advisor pulak. Haha. Usha baju, seluar, kasut, perfume. Shopping sakan dorang ni. Aku tak beli apa pun. Aku just beli kek lapis Sarawak je nak bawak balik Semenanjung. Mak aku pesan. So, aku belilah. Malam lepak kejap kat rumah Amir lepas tu aku balik. Pergh, memang seronok lah minggu ni. Full of activites. Thanks ah Amir sebab bagi stay over kat rumah ko dengan lepak weekend ni. Really appreciate it. Okay guys, enough babbling. Aku nak tido dah ni. Jam 4 nanti nak kena bangun. Flight aku jam 6.20am. Good night!

p/s: tak sabar nak balik Semenanjung. 

Happy Birthday Abah!

Hari ni birthday abah aku. Alhamdulillah, at the age of 52 year old, Allah masih lagi mengurniakan kesihatan pada abah. Masih boleh lagi bekerja mencari nafkah menyara keluarga. Post kali ni kira tribute untuk abah aku. Abah aku berkhidmat di Hospital Putrajaya, bahagian klinik pakar specialist for jantung. So, sape-sape yang rasa something wrong dengan jantung korang nak buat echo test boleh la ke sana. HAHA! Abah merupakan seorang yang workaholic. Habis je kerja kat hospital, abah akan terus kerja kat klinik luar. Memang susah la nak tengok abah duduk dekat rumah. Kalau dalam sehari tu, boleh kata dalam 3-4 jam je abah ada kat rumah. Itu pun balik kejap sementara tunggu nak pergi ke klinik lain. Abah memang jenis yang tak boleh duduk rumah rilex-rilex macam tu. He's not that type of person.

One thing yang aku paling respect dengan abah is that he loves to study. Sampai sekarang masih lagi belajar. Abah aku dah graduate daripada 4 university! Bermula dari UUM (Business Admin - Bachelor), UIA (Pengajian Syariah - Sijil, Law - Diploma), UPM (Communications - Master) sampai la sekarang; UM (Pengajian Syariah - Diploma). Memang abah jenis yang tak penat belajar. Aku ni baru graduate dari 1 universiti. Abah dah ada 4 universiti. Memang something yang tak ramai orang boleh achieve. Memang betul-betul memberi inspirasi pada aku.

Another thing yang menarik pasal abah aku, dia seorang kipas susah mati (die hard fan) Manchester United. Abah memang minat bola walaupun dia tak main bola. Minat tengok bola actually. HAHA! Abah pernah cakap dia minat MU because of Sir Alex Ferguson. He's the best manager in the world. Yes, I admit it. Dulu aku selalu argue dengan abah. Aku ni peminat tegar Arsenal. Since Arsenal selalu kalah dengan MU, memang selalu la kena bahan. Tapi sekarang tak lagi sebab sekarang abah akan argue dengan adik aku pulak - peminat Liverpool. HAHA! Abah punya favourite player adalah Ryan Giggs. Dekat rumah aku jangan cerita la, bertampal-tampal sana sini logo MU. Yang kecik, yang besar semua ada. Tak cukup dalam rumah, kat kereta pun ada. Abah sanggup beli replica aircraft Air Asia A320 MU versions yang besar gabak tu. Semata-mata sebab ada logo MU.

Dulu time aku masih blaja kat MIAT, before pegi kelas aku akan breakfast dengan abah kat kedai mamak. Almost every day. Sebab pagi-pagi abah akan datang Putrajaya singgah rumah sini. FYI, the rest of my family tinggal di Batu Caves, Gombak. Adik-adik sekolah sana. So, abah la kena ulang alik setiap hari. Aku pulak memang duduk Putrajaya sebab dekat dengan MIAT. Sekarang, sejak aku dah duduk Miri kerja sini, takde la lagi dapat breakfast dengan abah. Rindu pulak that moment.

Itulah dia apa yang aku nak share dengan korang semua pasal abah aku. I would like to thank him for everything he has done. Memang aku bersyukur sangat dapat abah. I'm very proud of him. Aku harap agar abah akan sentiasa sihat selalu. Aku akan jaga abah macam mana abah membesarkan aku. Terima kasih abah!

Masa convocation di UPM

p/s:  My father, my idol, my hero. Always be.

Thursday, 12 July 2012

Untitled

Post malam ni agak ganjil sikit sebab aku tak tahu nak letak title apa. Anyway, takde cerita pon nak share. Tapi entah lah, memang terasa nak menulis something. So, post kali ni just bualan kosong je lah. Hari ni tak de apa yang significant sangat pun. Malam ni hujan. Seronok sangat. Sejuk je rasa dengan angin sepoi-sepoi bahasa berlari-lari. Especially time makan kat kedai tadi. Rasa macam tepi pantai pula. Okaylah. Enough babbling. I need to sleep now. Sebelum tu, layan la dulu video ni, piano instrumental by Dato Mokhzani. Aku suka sangat arrangement ni. Sangat mengusik jiwa dan kalbu. Setiap kali dengar lagu ni, mesti teringat kenangan-kenangan silam. Aku dedicate lagu ni pada orang-orang yang aku sayang yang pernah hadir dalam hidup aku. Chewahh, jiwanglah pulak malam ni. Sekali sekala tak mengapa. Okay guys, please enjoy Hujan Di Tengahari. Good night!




p/s: lagu ni sesuai di dengar sebelum tidur. 

Lesson Learned




Kata-kata ni mengajar aku untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi ke atas orang yang kita sayangi. Acapkali kita akan berasa sangat kecewa bila mana kita tidak dapat seperti apa yang diharapkan. Memang betul pun apa yang di tulis tu. Bukan salah mereka kerana mengecewakan kita. Tapi salah diri sendiri kerana meletakkan harapan terlalu yang tinggi. Tapi biasalah, lumrah hidup seorang manusia biasa memang macam tu. Menyayangi dan ingin di sayangi selalu. Walau bagaimana pun kena ingat, macam mana sayangnya kita pada seseorang itu sekali pun, sampai masa dia akan tinggalkan kita. Oleh itu, kita kenalah menyayangi mereka itu secara berpada-pada. Kerana yang berlebihan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita kelak.

p/s: Cinta pada manusia takkan kekal. Cinta pada Yang Maha Esa merupakan cinta yang hakiki.

Wednesday, 11 July 2012

Engineer or Engine-near?

Aku ni graduate student from UniKL MIAT. Ambil course Degree in Aircraft Engineering Technology (Hons. in Mechanical). Alhamdulillah sekarang ni dah kerja dalam bidang aviation. Kiranya aku tak lari bidang la sebab mostly kawan-kawan aku rata-rata semua tukar bidang. Ramai yang pergi ke oil and gas field. Boleh terus jadi engineer dan gaji pun besar. Ini kerana aviation ni lain sikit daripada engineering field yang ada. Kalau bidang lain tu, if ada degree, automatically lepas habis belajar dapat kerja boleh terus jadi engineer. Contoh macam electrical engineer, design engineer, etc. Aviation ni kena ada license baru bole digelar engineer. Nak ada license kena ambil exam dengan DCA (Department of Civil Aviation) kat Putrajaya. Memang leceh sikit la since DCA pun dah implement exam system yang baru. Ikut module. So, kena gigih la untuk habiskan 13 modules tu. Senang kata, bidang aviation ni semua kena ada approval. From the aircraft manufacturer, aircraft operator, maintenance organisation, sampai la maintenance personnel. Sebab aviation ni benda yang serious dan tak boleh main-main. One single mistake could leads to a major catastrophic.

Aku ni belum ada license lagi. So, currently hanya dapat title aircraft technician je. Sekarang masih lagi dalam process nak habiskan 13 modules. Alhamdulillah, 2 modules dah lepas. 11 lagi. Ada je kawan-kawan aku yang dah dapat license. Seronok aku tengok life dorang. Gaji pun mahal. Ada tu dapat pergi course kat overseas lagi. Rezeki dorang. Aku tumpang gembira. Rezeki aku akan sampai juga nanti. Cuma sekarang aku kena lebih berusaha gigih untuk capai level macam dorang. Tuhan nak suruh aku ikut jalan jauh sebelum aku dapat apa yang aku cita-citakan. Ada hikmah di sebalik semua ni. Aku pun baru lagi dalam industry ni. Target pertama aku lepas belajar hari tu adalah untuk dapatkan tempat dalam industry. Syukur, aku dah dapat sebab ada jugak kawan-kawan aku yang masih takde kerja.

So, sekarang aku just follow the flow. Since dah kerja, aku akan kutip seberapa banyak experience yang boleh untuk aku menjadi seorang skilled worker yang betul-betul expert dalam bidang aviation. Thanks a lot to my boss, Captain Mat for hiring me and giving me this opportunity untuk berada dalam industry. Aku akan buat yang terbaik untuk memajukan lagi company aku sekarang ni. Target aku dalam 5 tahun ni adalah untuk mendapatkan license, to be a Licensed Aircraft Maintenance Engineer (LAME). In the next 10 years, InshaAllah, aku plan nak sambung pengajian Master in Aviation Management. 20 years from now, aku plan untuk involve dalam business, but still dalam aviation la. Mungkin set up MRO (Maintenance Repair Organisation) sendiri, like Habib Aviation Services Sdn Bhd. InshaAllah, semua tu tak mustahil.

Tapi apa-apa pun, back to reality. Just focus to my 5 years plan. Kena kayuh perlahan-lahan. Perjalanan masih panjang. Kadang-kadang aku terfikir jugak, kalau jadi engineer sekarang pun, if ilmu dan pengalaman masih tak cukup, tak guna juga. Sebab if dah pegang title engineer, semua decision kita yang buat. Engineer yang responsible if apa-apa jadi pada aircraft. If the aircraft crashed, engineer boleh kena charge 2nd degree murder. This is very highly risky job. Kalau orang tanya benda-benda basic tapi kita tak tahu, memang kena gelak lah dengan orang bawahan. Itu bukan engineer, tapi engine-near or near-the-engine bak kata lecturer aku time belajar dulu. So, that's why lah aku willing untuk start dari bawah walaupun starting salary tak berapa mewah macam engineering field yang lain. Belajar secara teori hanya 10% je yang boleh di apply. 80% lagi semua datang dari pengalaman. Mudah-mudahan by the time aku dapat license, aku akan menjadi LAE yang di hormati. InshaAllah.


2 tahun lagi aku akan dapat buku merah ni.



p/s: enough menchecheh. time to sleep. Esuk nak menghadap Encik S. Good night!

Tuesday, 10 July 2012

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Apa yang akan anda buat andai kata anda sudah mempunyai kekasih hati. Seorang yang baik dari segi tingkah laku dan mempunyai perwatakan yang bagus. Anda bercadang untuk menjadikan dia pasangan hidup. Bahkan keluarga kekasih anda sudah mengetahui tentang perhubungan ini dan boleh dikatakan korang telah mendapat restu secara tidak rasmi daripada keluarga masing-masing.

Tapi datang pula satu dugaan apabila tanpa dirancang suatu hari anda bertemu dengan seseorang yang mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan kekasih anda dan anda mula menyimpan perasaan terhadap orang yang baru anda kenali itu. Gerak hati anda kuat menyatakan bahawa dia layak untuk menjadi pasangan hidup anda. Maka timbullah rasa dilema dalam diri sama ada untuk terus kekal dengan pasangan anda sekarang ataupun meninggalkan dia dan memulakan perhubungan baru dengan orang yang baru anda kenali. Persoalan bermain di minda sama ada ingin menjaga hati dan perasaan kekasih anda ataupun mengikut naluri hati anda untuk memilih si dia yang baru anda kenali.

Itulah yang terjadi pada seorang sahabat baik aku. Dia tengah dalam dilema untuk memilih siapakah di antara dua bunga yang layak menjadi bunga hatinya. Menjadi tak keruan aku tengok dia. Aku berharap agar dia dapat buat keputusan yang betul dan tidak terburu-buru. Aku doakan agar keputusan yang dia pilih nanti merupakan keputusan yang betul. Moga-moga Allah SWT memberikan dia petunjuk untuk memilih antara dua bunga itu. Tuhan tengah menguji dia sekarang ni. Mudah-mudahan ada hikmah yang baik untuk dia. Good luck bro. Sebagai penutup kepada post kali ni, aku dedicate lagu P Ramlee version orchestra, Yang Mana Satu Idaman Kalbu kat kawan aku. Enjoy~




p/s: bro, sekarang ko ada Option A & B. Don't look for option C. Boleh gila jadinya. HAHA!

Ah?? Ah?? Can You Repeat It Again?!

Dua hari ni aku kerja memang agak penat. Since first aircraft dah sampai. Banyak gak keje nak kena buat. Dekat sini, engineer dia orang Sri Lanka. The name is Subas. Dia ni seorang yang pendiam jugak la. Tak banyak cakap pun. First time aku jumpa dia masa pergi Eagle type course kat Melaka dulu bulan 5 lepas. As far as I know, dia dah lama dengan company boss aku since 1996 kalau tak silap. Dia dulu maintain chopper, sekarang ni fix wing pulak. Dia ni pendengaran kurang sikit. Macam mana aku tau? Aku nampak ada satu objek kecil kat telinga dia dari jauh. Dah dekat baru nampak, ohh.. hearing aid rupanya. Tapi ni mungkin jenis yang mahal kut. Bukan yang macam orang pekak biasa pakai tu yang 14 km boleh nampak. Ni jenis macam ear plug memang dari jauh tak nampak. Even siapa yang rabun pun tak perasan. Tapi yang menarik dan agak kelakar lah bagi aku, hearing aid ni ada tiny antenna. HAHA! Tak tau lah apa function dia. Nak cari siaran Astro kot. 

Lepas type course, dia balik negeri. Sekarang dia datang balik sebab aircraft pun baru sampai sini. Dia akan lead untuk kerja-kerja maintenance nanti. Nak sign CRS (Certificate of Release to Service) etc. So, 2 hari ni aku bekerja fully day dengan dia. Semalam buat aircraft's choke. (Sendal kat landing gear aircraft taknak bagi bergerak). Hari ni buat towing bar (untuk tarik aircraft).

Since dia ni jenis yang tak banyak cakap. Instructions dia pun jenis main tunjuk-tunjuk guna jari je. Aku memang betul-betul kena alert dengan apa yang dia nak. Kalau dia cakap pun tak berapa jelas dengan slang macha dia tu. Banyaklah kejadian berlaku yang mana dia minta lain, aku bagi benda lain especially bila dia suruh ambil tools. Aku bawak tools yang bukan dia mintak, lepas tu dia marah. Memang kena banyak bersabar. Bukan aku tak tau tools jenis apa, cuma aku susah nak pick up apa yang dia nak. Setiap kali dia cakap, aku mesti "Ahh?? ahh?? Please repeat it again." Aku ni pulak dah macam orang pekak suruh dia ulang balik apa dia nak. Sebenarnya siapa yang pekak sekarang ni? Aiseh. Thats the main challenge working with this guy. COMMUNICATIONS BARRIER.

Lagi satu perangai dia ni, suka modify benda sesuka hati. Contohnya macam kes aircraft's choke dengan tow bar tu.  Buat dengan guna segala benda yang ada kat hangar ni. Dari barang-barang recycle. Tapi nasib baik jadi. Walaupun selalu kena marah, tapi aku tak kisah sangat. Biasalah tu. Kadang-kadang memanglah rasa macam bengang. Benda tu aku tau cuma aku tak jelas dengan apa yang dia nak. Actually dia ni okay. Dia tak kedekut ilmu. Siap belanja aku makan lagi. HAHA! Tapi, banyak jugaklah benda yang aku belajar dalam dua hari ni. Boleh dikatakan dua hari ni lebih kepada kerja-kerja pertukangan sebenarnya. Since aircraft belum ready untuk fly. Jadi, no maintenance works at the moment. Bagus jugak, boleh asah balik basic skills, basic knowledge. Walaupun kerja ni macam bosan, tapi banyak benda yang boleh belajar.

Itulah dia benda yang aku nak kongsi dengan korang semua kali ni. Dulu kat MIAT aku pernah belajar pasal communications barrier ni. Sekarang memang aku sedang alami. Bahaya actually benda ni. So, kita kenalah berhati-hati dan sentiasa reconfirm balik apa yang orang yang communicate dengan kita tu nak sampaikan. Kalau tak jelas, buat je macam aku: "Ahh?? ahh?? Please repeat it again."




p/s: nasib baik communicate tak perlu guna translator. Kalau tak mati aku. 

Sunday, 8 July 2012

Swing It Like Tyga Woot

One of the most significant thing that I did today is going to driving range. Main golf beb gua hari ni. HAHA! Hari tu time balik semenanjung aku beli golf club from someone yang advertise kat mudah. Main untuk suka-suka mengisi masa lapang. Area Miri ni aku main dekat Eastwood Valley Golf & Country Club. That place was not bad at all. The price for 100 balls is just RM12. Mahal sikit la dari semenanjung. Tapi still okay.

Memang betul kata orang, if you want to make new friends; play golf. It's so true. Even tadi masa datang dah ada orang tegur. Main purpose uncle tu tegur is because he wants to ask me where did I buy the golf bag. It looks handy and easy to bring. Then, bila aku start hayun club, he thought me the basic things. Cara-cara nak main golf. Yelah, aku hayun bola pergi macam nak tak nak je. Last time pergi awal tahun kalau tak silap. dekat Bangi Golf Club. The reason why I play golf is just to fill up my empty weekend. Daripada tak buat apa-apa. Nak hang around pun kat sini takda tempat yang menarik.

Playing golf is not about how strong you have to hit the ball. You must focus and think how to swing your club and hit the ball so that it goes as far as it can. Sounds easy but it's really tough for the first time you try. Your body position, your hands, your legs; all taking into account. The farther that I can hit is just around 50-75 metres. HAHA! Tadi tengah syok main, datang seorang Chinese boy, aged around 8-9 year old. He looks at me. Oh man, segan pulak rasanya. Ah, lantaklah kau nak gelak kat aku ke. Janji aku main dapat release tension. In my mind, I thought that this kid must be playing golf. Yeah, he did. 30 minutes later, datang kawan dia. The way he swing the club, fuhhh.. walaupun tak jauh still the ball goes in a projectile motion. Cantik gila. Respect beb! Kecik-kecik dah didedahkan dengan golf. Beruntung sangat ada parents yang very supportive. 

Dalam satu jam aku habis 100 bijik bola. Agak cepat la. Tu pun sebab aku datang sorang. So, takde teman nak borak-borak. Serious penat walaupun just hayun club. Siapa cakap main golf tak penat, cuba main baru tau. Berpeluh beb! Anyway, ni baru kali ke-2 main. Rilex ah. Lama-lama okay la. I just need to recall back all the basic techniques that I've learned. I try to make golf as my weekend activity. Insha Allah. Lama-lama nanti hebatlah aku main. HAHA! Anyway, this time takde gambar la nak tunjuk kat you guys semua. Pegi sorang macam mana nak ambil gambar. Later on if I go with my friend, I'll upload. Sape-sape yang berminat tu, just give a try. It's fun actually if you go with some friends. Sambil-sambil hayun tu boleh borak-borak discuss about your future. Kalau pegi sorang-sorang memanglah malu rasa nak pukul. Cari tempat paling hujung skali sebab tak nak bagi orang tengok kita main. HAHA! Kalau dah terer, boleh ah show off duduk kat tengah-tengah. LoL!




p/s: okay nak tidur. Good night. Let's wing the club before we go to bed.


Saturday, 7 July 2012

Kipas Susah Mati Linkin Park

LP: Chester, Mike, Brad, Hahn, Phoenix, Rob.


Aku memang minat Linkin Park sejak dorang keluarkan album pertama "Hybrid Theory" 12 tahun lalu. Masa tu aku baru form 1 duduk dekat SMSS. Layan beb lagu-lagu dorang macam Crawling, Papercut, In The End. Memang naik la band ni dengan concept Nu-metal atau dalam kata lain rap-rock. Punyalah aku ni minat gila dengan LP sampai tiru apa yang Chester (lead singer) punya outfit dalam clip video In The End. Baju tshirt kaler hitam, kemeja khakis, seluar khakis. Aku beli sebijik macam tu pakai time raya. Gaya rambut pun sama, potong gaya spiky sampaikan Cikgu Khursiah (Cikgu kelas 2 Jaya) gelarkan rambut aku macam kebun bunga. Masa tu form 2. Bukat setakat tu je, aku penah lukis flame kat wrist aku tiru tattoo Chester, warnakan kuku aku dengan marker pen hitam macam Phoenix. Time ni memang tak matang lagi la. Perangai budak sekolah la katakan. Kalau kenangkan balik mesti aku senyum sorang-sorang. Haha! Sampaikan kawan-kawan masa sekolah dulu panggila aku Chester.


Kenapa eh aku minat sangat dengan Linkin Park ni? Well, it's not just only they're making a good music, they also very creative in artworks. I love their album cover for Hybrid Theory and Meteora. Stencil artwork. Aku memang minat art dan berjiwa seni. Aku siap lukis lagi gambar soldier dari cover album Hybrid Theory. Tampal kat bilik, lekat kat locker, atas meja kelas. Poster dorang jangan cerita la. Penuh dalam bilik, dalam locker. Haha! Memang taksub gila la. Another thing aku minat LP is because their songs' lyrics are quite meaningful. I polish up my English by listening to their songs because when you buy their album, all lyrics were included. As a die hard fan, I will sing along every  time I play their songs. So, secara tak langsung I learned so many new words that sometimes I never heard before. If I don't know the meaning, I'll find it in the dictionary. That's how I enriched my vocabulary. *FYI, dorang tak guna explicit lyrics until the recent album ni. Itu pun sikit-sikit. But most of their songs are clean dan bukan jenis mengarut-ngarut.

Hybrid Theory cover album.

Dulu ayah aku selalu bising bila aku dengar LP. He doesn't like it. Biasalah, abah zaman Bee Gees, Beatles, Boney M. Mana layan LP. Nak2 lagu-lagu dorang semua menjerit-jerit. Lagi lah. Abah siap panggil LP "Setan Park" lagi. I still remember it and will always remember. Never mind la. Everybody has their own taste of music. I know what I'm doing. As long kita tak lalai sudahlah. Dulu yes, I'm very obsess with LP. Nowadays, as I grew up, getting more mature, no more obsession like the old days. But still I like LP. I bought every single album that they produced. Hybrid Theory, Reanimation, Meteora, A Thousand Suns but the latest album; Living Things belum beli lagi. Sume album ni ada yang cassette ada yang CD.

Linkin Park in stencil artwork.

As the time goes by, LP pon makin slow. Not aggressive as they used to be. Maybe sebab dorang da tua. Tak larat nak screaming banyak sangat. Album dorang makin rilex. Just one or two songs je yang ada jerit-jerit. Mula-mula dengar memanglah macam awkward, lama-lama I can accept it. They said that they wanted to produce an evolution in their music. Well, I guess they did it very well. Sekarang lebih kepada Rock-Electronic. Layan jugak lah. 

Okaylah, enough babbling about LP. I leave you guys with one of their famous song; was once became a phenomenal hit: In The End. 

Enjoy peeps!



p/s: Kalau dengar balik semua lagu-lagu lama LP, teringat zaman sekolah dulu. Rindu sangat.

Operasi Helang 150B

Sumpah penat hari ni. From early in the morning I have to pick up all the aircraft maintenance representatives and we have to start continue doing reassembly of Eagle 150B. After a very long time I haven't doing maintenance activity, this is the time that I've been waiting for.

Unless you're in aviation industry, common people doesn't know how hard it is to perform maintenance on the aircraft. You need a good team players. Not only all members must be knowledgeable and skilful in doing works, your team member's physical appearance also does count. For example, of course we need tough guy ("abang sado" bak kata budak-budak SMSS sekarang) in the team in case if you have to tow the aircraft manually using a tow bar. You also must have someone with a small physical (not so small, kurus la senang cerita like me) because there are quite many areas in the aircraft that had a limited space for you to access. For example during the reassembly activity, I have to get half of my body below the aircraft's cockpit (a very confine area) in order for me to insert a bolt from inside under the cockpit so that the engine mounting can be secured from the outer side. Fuhh, berpeluh gua beb! Tergeliat-geliat badan. Dah macam gymnast plak.

Whatever it is, we managed to finish up all the work in accordance to the plan. We've achieved our target. Yeay! Unfortunately, we still cannot perform the engine ground run. It is because firstly, we still waiting for the fuel supply; Avgas (Aviation Gasoline). Secondly, we does not have an engine oil stock yet. A bit dissapointed for me as I really hope that today I can witness the engine ground run but it's okay. I just have to wait a few more days I guess. I'll try to take a video and post it later. As a replacement for the video, here is another sneak peek of the Eagle 150B. This picture taken from the window of my room. *I stay in hangar in case you didn't know. Haha!


Ladies and gentlemen, 9M-BEF.


p/s: later on I'll post the picture from the front. Malas nak turun bawah.

Friday, 6 July 2012

Eagle Oh! Eagle

Most of you might already knew that I'm working in the aviation industry. I'm working in Miri now under Sarawak Flying Club as the aircraft technician. Yes, at the moment I'm just a technician yang baru nak menimba ilmu kapal terbang. I still in the process getting my aircraft's license. Insha Allah, in 2 years time I will obtain my basic license. Oh ya, speaking about a license, I've got a very good news today - I've PASSED my DCAM Part 66 exam Module 2 Physics. Yeay! Alhamdulillah. 11 papers more to go. Yes, 11 papers to go. It might takes time. But it's okay, walau apa jua rintangan yang berlaku, akan ku tempuh sehingga aku berjaya mencapai cita-cita sebagai LAE (Licensed Aircraft Engineer).

This flying club will be using Eagle 150B as their fleet. At the moment they already had one (1) aircraft which they bought from CTRM Malacca; the manufacturer of this aircraft. So, today is the day that this aircraft will be assembled after it has been dismantled a few weeks back - kept inside a big container (I can't remember the size) and send it via cargo ship all the way to Miri.

This aircraft is quite simple actually, to disassemble it, you need to remove the powerplant (engine), fuselage and also the tail cone. Bungkus-bungkus masuk container, tadaaa, habis cerita. Okay, it does look easy when you only watching the CTRM staffs do the job as they already expertise with this type of aircraft. Later part, it will be me who will be suffered when it comes to reassemble it. Luckily, the representatives from CTRM will come over here and lead the assembly process. Pheww~

Okay, enough with my babbling, let's take a look at some pictures how does it looks like when it is still in a pieces:


The Powerplant: 4 cylinder - Teledyne Continental Motor

This the tail cone or nama commercial dia empennage.

The fuselage part. It has been secured on a trestle. Ini bukan wikang eh.


p/s: More pictures to come soon. I'll show in the next post the complete assembled Eagle 150B. 




Thursday, 5 July 2012

Kenapa Lone Ranger?

Aku rasa mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa headline blog ni "Aku Seorang Lone Ranger"? Actually aku pun takde idea nak letak apa, so fikir2 letak je lah tu. Tagline ni memang tepat sekali menggambarkan diri aku. Yes, I'm a Lone Ranger. Aku menempuh kehidupan seharian seorang diri. Bukan bermaksud aku tiada family. I still have family, still have parents. It's just that most of the time I spend my life with Me, Myself & I.

Memang dah menjadi kebiasaan dari dulu lagi kalau pegi makan seorang diri, keluar pergi mall seorang diri even tengok movie seorang diri pun pernah. Sometimes I feel comfortable with it. Still most of the time I need company. Bosan beb kalau takde orang nak berbual. As a normal human, we need somebody to talk to. The main factor why I always doing things by myself is because at that time nobody wants to be with me. HAHA. For example, if I really wanted to watch a movie but no one would like to join, I'll go by myself. I don't mind at all. Biasa-biasakanlah diri keseorangan because when the time comes, we all will be alone down there (saat kematian).


p/s: forever alone? nahh... I'm a Lone Ranger: I fight for my life. 

Al-Mukadimah

Most of the stories in this blog will be about me, my opinions, my feelings, how I see this world in my own perspective's retina. Senang kata medium caci-makian puji-pujian lah. Sekiranya anda suka, keep on reading my posts. Jika tidak, please leave this blog. 

Di sebabkan banyak benda bermain2 di minda so I decided to create my own corner for me to express all my thoughts and feelings. This blog is just for fun. Nothing interesting I guess. But if you do find it interesting, I would like to say thanksss.

Enjoy peeps!