Sunday, 15 July 2012

Happy Birthday Abah!

Hari ni birthday abah aku. Alhamdulillah, at the age of 52 year old, Allah masih lagi mengurniakan kesihatan pada abah. Masih boleh lagi bekerja mencari nafkah menyara keluarga. Post kali ni kira tribute untuk abah aku. Abah aku berkhidmat di Hospital Putrajaya, bahagian klinik pakar specialist for jantung. So, sape-sape yang rasa something wrong dengan jantung korang nak buat echo test boleh la ke sana. HAHA! Abah merupakan seorang yang workaholic. Habis je kerja kat hospital, abah akan terus kerja kat klinik luar. Memang susah la nak tengok abah duduk dekat rumah. Kalau dalam sehari tu, boleh kata dalam 3-4 jam je abah ada kat rumah. Itu pun balik kejap sementara tunggu nak pergi ke klinik lain. Abah memang jenis yang tak boleh duduk rumah rilex-rilex macam tu. He's not that type of person.

One thing yang aku paling respect dengan abah is that he loves to study. Sampai sekarang masih lagi belajar. Abah aku dah graduate daripada 4 university! Bermula dari UUM (Business Admin - Bachelor), UIA (Pengajian Syariah - Sijil, Law - Diploma), UPM (Communications - Master) sampai la sekarang; UM (Pengajian Syariah - Diploma). Memang abah jenis yang tak penat belajar. Aku ni baru graduate dari 1 universiti. Abah dah ada 4 universiti. Memang something yang tak ramai orang boleh achieve. Memang betul-betul memberi inspirasi pada aku.

Another thing yang menarik pasal abah aku, dia seorang kipas susah mati (die hard fan) Manchester United. Abah memang minat bola walaupun dia tak main bola. Minat tengok bola actually. HAHA! Abah pernah cakap dia minat MU because of Sir Alex Ferguson. He's the best manager in the world. Yes, I admit it. Dulu aku selalu argue dengan abah. Aku ni peminat tegar Arsenal. Since Arsenal selalu kalah dengan MU, memang selalu la kena bahan. Tapi sekarang tak lagi sebab sekarang abah akan argue dengan adik aku pulak - peminat Liverpool. HAHA! Abah punya favourite player adalah Ryan Giggs. Dekat rumah aku jangan cerita la, bertampal-tampal sana sini logo MU. Yang kecik, yang besar semua ada. Tak cukup dalam rumah, kat kereta pun ada. Abah sanggup beli replica aircraft Air Asia A320 MU versions yang besar gabak tu. Semata-mata sebab ada logo MU.

Dulu time aku masih blaja kat MIAT, before pegi kelas aku akan breakfast dengan abah kat kedai mamak. Almost every day. Sebab pagi-pagi abah akan datang Putrajaya singgah rumah sini. FYI, the rest of my family tinggal di Batu Caves, Gombak. Adik-adik sekolah sana. So, abah la kena ulang alik setiap hari. Aku pulak memang duduk Putrajaya sebab dekat dengan MIAT. Sekarang, sejak aku dah duduk Miri kerja sini, takde la lagi dapat breakfast dengan abah. Rindu pulak that moment.

Itulah dia apa yang aku nak share dengan korang semua pasal abah aku. I would like to thank him for everything he has done. Memang aku bersyukur sangat dapat abah. I'm very proud of him. Aku harap agar abah akan sentiasa sihat selalu. Aku akan jaga abah macam mana abah membesarkan aku. Terima kasih abah!

Masa convocation di UPM

p/s:  My father, my idol, my hero. Always be.

No comments:

Post a Comment