Kata-kata ni mengajar aku untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi ke atas orang yang kita sayangi. Acapkali kita akan berasa sangat kecewa bila mana kita tidak dapat seperti apa yang diharapkan. Memang betul pun apa yang di tulis tu. Bukan salah mereka kerana mengecewakan kita. Tapi salah diri sendiri kerana meletakkan harapan terlalu yang tinggi. Tapi biasalah, lumrah hidup seorang manusia biasa memang macam tu. Menyayangi dan ingin di sayangi selalu. Walau bagaimana pun kena ingat, macam mana sayangnya kita pada seseorang itu sekali pun, sampai masa dia akan tinggalkan kita. Oleh itu, kita kenalah menyayangi mereka itu secara berpada-pada. Kerana yang berlebihan itu akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita kelak.
p/s: Cinta pada manusia takkan kekal. Cinta pada Yang Maha Esa merupakan cinta yang hakiki.
No comments:
Post a Comment