Apa yang akan anda buat andai kata anda sudah mempunyai kekasih hati. Seorang yang baik dari segi tingkah laku dan mempunyai perwatakan yang bagus. Anda bercadang untuk menjadikan dia pasangan hidup. Bahkan keluarga kekasih anda sudah mengetahui tentang perhubungan ini dan boleh dikatakan korang telah mendapat restu secara tidak rasmi daripada keluarga masing-masing.
Tapi datang pula satu dugaan apabila tanpa dirancang suatu hari anda bertemu dengan seseorang yang mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan kekasih anda dan anda mula menyimpan perasaan terhadap orang yang baru anda kenali itu. Gerak hati anda kuat menyatakan bahawa dia layak untuk menjadi pasangan hidup anda. Maka timbullah rasa dilema dalam diri sama ada untuk terus kekal dengan pasangan anda sekarang ataupun meninggalkan dia dan memulakan perhubungan baru dengan orang yang baru anda kenali. Persoalan bermain di minda sama ada ingin menjaga hati dan perasaan kekasih anda ataupun mengikut naluri hati anda untuk memilih si dia yang baru anda kenali.
Itulah yang terjadi pada seorang sahabat baik aku. Dia tengah dalam dilema untuk memilih siapakah di antara dua bunga yang layak menjadi bunga hatinya. Menjadi tak keruan aku tengok dia. Aku berharap agar dia dapat buat keputusan yang betul dan tidak terburu-buru. Aku doakan agar keputusan yang dia pilih nanti merupakan keputusan yang betul. Moga-moga Allah SWT memberikan dia petunjuk untuk memilih antara dua bunga itu. Tuhan tengah menguji dia sekarang ni. Mudah-mudahan ada hikmah yang baik untuk dia. Good luck bro. Sebagai penutup kepada post kali ni, aku dedicate lagu P Ramlee version orchestra, Yang Mana Satu Idaman Kalbu kat kawan aku. Enjoy~
p/s: bro, sekarang ko ada Option A & B. Don't look for option C. Boleh gila jadinya. HAHA!
No comments:
Post a Comment