Wednesday, 11 July 2012

Engineer or Engine-near?

Aku ni graduate student from UniKL MIAT. Ambil course Degree in Aircraft Engineering Technology (Hons. in Mechanical). Alhamdulillah sekarang ni dah kerja dalam bidang aviation. Kiranya aku tak lari bidang la sebab mostly kawan-kawan aku rata-rata semua tukar bidang. Ramai yang pergi ke oil and gas field. Boleh terus jadi engineer dan gaji pun besar. Ini kerana aviation ni lain sikit daripada engineering field yang ada. Kalau bidang lain tu, if ada degree, automatically lepas habis belajar dapat kerja boleh terus jadi engineer. Contoh macam electrical engineer, design engineer, etc. Aviation ni kena ada license baru bole digelar engineer. Nak ada license kena ambil exam dengan DCA (Department of Civil Aviation) kat Putrajaya. Memang leceh sikit la since DCA pun dah implement exam system yang baru. Ikut module. So, kena gigih la untuk habiskan 13 modules tu. Senang kata, bidang aviation ni semua kena ada approval. From the aircraft manufacturer, aircraft operator, maintenance organisation, sampai la maintenance personnel. Sebab aviation ni benda yang serious dan tak boleh main-main. One single mistake could leads to a major catastrophic.

Aku ni belum ada license lagi. So, currently hanya dapat title aircraft technician je. Sekarang masih lagi dalam process nak habiskan 13 modules. Alhamdulillah, 2 modules dah lepas. 11 lagi. Ada je kawan-kawan aku yang dah dapat license. Seronok aku tengok life dorang. Gaji pun mahal. Ada tu dapat pergi course kat overseas lagi. Rezeki dorang. Aku tumpang gembira. Rezeki aku akan sampai juga nanti. Cuma sekarang aku kena lebih berusaha gigih untuk capai level macam dorang. Tuhan nak suruh aku ikut jalan jauh sebelum aku dapat apa yang aku cita-citakan. Ada hikmah di sebalik semua ni. Aku pun baru lagi dalam industry ni. Target pertama aku lepas belajar hari tu adalah untuk dapatkan tempat dalam industry. Syukur, aku dah dapat sebab ada jugak kawan-kawan aku yang masih takde kerja.

So, sekarang aku just follow the flow. Since dah kerja, aku akan kutip seberapa banyak experience yang boleh untuk aku menjadi seorang skilled worker yang betul-betul expert dalam bidang aviation. Thanks a lot to my boss, Captain Mat for hiring me and giving me this opportunity untuk berada dalam industry. Aku akan buat yang terbaik untuk memajukan lagi company aku sekarang ni. Target aku dalam 5 tahun ni adalah untuk mendapatkan license, to be a Licensed Aircraft Maintenance Engineer (LAME). In the next 10 years, InshaAllah, aku plan nak sambung pengajian Master in Aviation Management. 20 years from now, aku plan untuk involve dalam business, but still dalam aviation la. Mungkin set up MRO (Maintenance Repair Organisation) sendiri, like Habib Aviation Services Sdn Bhd. InshaAllah, semua tu tak mustahil.

Tapi apa-apa pun, back to reality. Just focus to my 5 years plan. Kena kayuh perlahan-lahan. Perjalanan masih panjang. Kadang-kadang aku terfikir jugak, kalau jadi engineer sekarang pun, if ilmu dan pengalaman masih tak cukup, tak guna juga. Sebab if dah pegang title engineer, semua decision kita yang buat. Engineer yang responsible if apa-apa jadi pada aircraft. If the aircraft crashed, engineer boleh kena charge 2nd degree murder. This is very highly risky job. Kalau orang tanya benda-benda basic tapi kita tak tahu, memang kena gelak lah dengan orang bawahan. Itu bukan engineer, tapi engine-near or near-the-engine bak kata lecturer aku time belajar dulu. So, that's why lah aku willing untuk start dari bawah walaupun starting salary tak berapa mewah macam engineering field yang lain. Belajar secara teori hanya 10% je yang boleh di apply. 80% lagi semua datang dari pengalaman. Mudah-mudahan by the time aku dapat license, aku akan menjadi LAE yang di hormati. InshaAllah.


2 tahun lagi aku akan dapat buku merah ni.



p/s: enough menchecheh. time to sleep. Esuk nak menghadap Encik S. Good night!

No comments:

Post a Comment